Fatamorgana membentuk keperibadian bertunjangkan kehidupan yg di jana oleh Dajjal Laknatullah. AWAS!!!
Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam,Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w ,ahli keluarganya,
kaum kerabatnya,keturunannya,para sahabat baginda,para tabiin-tabiin,para mujadid dan seluruh kaum muslimin.
Artikel kali
ini adalah
untuk ingat-memperingati di samping kita terus membongkar akan kospirasi
dunia hari ini dan agar apa yang telah disampaikan oleh Baginda
Rasulullah s.a.w 1400 tahun yang lepas akan terus terpahat dalam ingatan
dan menjadi amalan buat menghadapi dunia yang kian tua ini.
Sering saja kita melayari ‘
blog-blog’
yang memaparkan berbagai bentuk konspirasi dunia hari ini dan berbagai
juga maklumat baru yang diperolehi setiap masa dan hari. Kita juga
kerapkali mendengar akan hal Islam hari ini,sebagaimana di Eropah ,
Sinar Islam semakin menyinari dan telah mendapat tempat di kalangan
masyarakat di sana,Pun begitu kita tidak terlepas dari keadaan bahaya
yang mengancam Umat islam di mana carta kejatuhan penganut Ugama Islam
dan juga carta kejatuhan
moral
di kalangan Umat Islam terutamanya di negara kita, yakni Malaysia amat
membimbangkan. Agaknya bagaimanakah kefahaman Islam di kalangan
masyarakat kita hari ini yer ?Sebagaimana yang telah disabdakan oleh
baginda Rasul…
Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ,” Sudah
hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini
kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu
kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong
dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di
bawah naungan langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka
fitnah ini akan kembali “. Hadis Riwayat Al-Baihaqi.
Pesanan baginda ini dapat kita perhatikan sekarang dan ianya semakin
menjadi-jadi dan perkara ini amat merisaukan kita. Masjid tersergam
indah tetapi jauh dari hidayah ALLAH dengan berleluasanya maksiat bahkan
pernah dipaparkan di dalam dada akhbar mengenai di perkarangan masjid
turut menjadi sarang maksiat. Betapa malunya kita apabila saudara
seagama yang melakukan perkara sebegini. Kita lihat pula hadis ini..
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata,Bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, ”
Kamu
akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu,sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang
biawak sekalipun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya,” Ya
Rasulullah ,Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi s.a.w
menjawab,” Siapa lagi kalau bukan mereka “.Hadis Riwayat
Muslim
Para musuh Islam sentiasa berusaha menjauhkan kita dari mendapat
hidayah ALLAH ,hidayah yang dapat mencegah perkara fahsya dan mungkar.
Mereka tidak akan jemu merosakkan kita,jadi di sinilah perlu kita lihat
sejauh mana yang dikatakan solat yang dapat menarik hidayah ALLAh dan
mencegah fahsya dan mungkar . Sebagaimana firman ALLAh yang bermaksud…
Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang fahsya dan mungkar
Di dalam hadis lain pula Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
“
Siapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’
dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh
dariNya.“(Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)
apakah hadis yang di atas ini yang berlaku kepada masyarakat kita sejak akhir-akhir ini?
…dan amat malanglah bagi kita seandainya perkara sebegini terjadi dan
perlulah kita selidiki bagaimanakah untuk kita kembali sebagaimana yang
diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w sepertimana pepatah melayu ada
mengatakan ‘jika tersesat dihujung jalan maka baliklah kamu ke pangkal
jalan’,apa yang hendak dikaitkan dengan pangkal jalan adalah cara
sebagaimana Rasulullah s.a.w. mula-mula beragama dan bukankah Rasul juga
pernah bersabda di dalam hadis qudsi yang bermaksud ; “bermulanya agama
dengan mengenal ALLAH”.
Betapa kerasnya hati ini hinggakan begitu payah menerima keadaan yang berlaku hari ini,kita lihat pula hadis ini…
“
Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di
mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah
hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati
mereka rasa belas kasihan.
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari
(melakukan) kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan
memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka
mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan
membohongi kamu. Dan apabila kamu memberi mereka kepercayaan, mereka
akan mengkhianatinya.
Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara
yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan tidak melarang pula yang
mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan meminta
apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.
Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan
orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh.
Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq
menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah
itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh
orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan
apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”
(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)
Jikalau kita perhatikan pula hadis di atas ini mari kita perhatikan
akan sirah Rasulullah tatkala beliau mula-mula hendak mensyiarkan agama
yang di bawa beliau tatkala beliau baru balik dari Israk dan Mikraj.
Masyarakat pada masa itu mengatakan yang Baginda ‘gila’ sama sekali dan
hampir saja mereka yang baru saja hendak mengenal agama yang di bawa
oleh Rasulullah ini mula hendak melarikan diri. Maka di ajukan
pertanyaan terhadap Saidina Abu Bakar lalu beliau menjawab ‘aku tetap
yakin jikalau apa yang dikatakan itu adalah dari Muhammad’. Lihatlah
begitu teguh dan yakinnya beliau terhadap Rasulullah.
Cuba kita bayangkan pula sepeninggalan Rasul terhadap kita lebih
kurang 1400 tahun dahulu dan kita bandingkan Sepeninggalan Nabi Ibrahim
ke zaman Rasulullah. Agak-agaknya berapa tahun yer ? Dan apakah
kata-kata Abu Jahal tatkala Rasulullah menyampaikan agama yang di bawa
ketika itu. Dia mengatakan yang apa yang mereka buat pada ketika itu
seperti bertawaf di dalam keadaan yang menjelikkan di Kaabah adalah
agama yang dibawa oleh nenek moyang mereka yakni agama Ibrahim. Dan
Rasulullah juga tatkala sebelum turunnya wahyu yang pertama beliau
merasakan agama yang di amalkan pada masa itu sudah jauh dari syariat
agama yang di bawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Jadi bukanlah agama baru
melainkan agama yang di bawa oleh Nabi Ibrahim juga cumanya pada ketika
itu sudah jauh dari syariat agama yang sebenarnya seperti yang di bawa
oleh Nabi Ibrahim a.s tetapi mereka maseh mengatakan agama itu adalah
agama Nabi Ibrahim juga.
Jadi , sudah berapa lama jarak antara kita dengan zaman Rasulullah
s.a.w ? Dan hari ini kalau kita pergi ke kelab ataupun disko dan kita
lihat berapa ramainya muka-muka yang sebangsa dengan kita dan di tanya
mereka ini sudah tentu mereka akan mengatakan yang mereka juga beragama
Islam. Dan hari ini berapa ramai pula yang akan marah jikalau kita
mengatakan tentang keIslaman seseorang,bukanlah tujuan untuk
menghukumkan sesiapa tetapi sekadar untuk kita bersama berusaha
mengembalikan kegemilangan agama Islam yang sebenar seperti yang di bawa
oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Kita perhatikan pula hadis ini,
Dari Abdullah bin Ma’ud dia berkata:’Ketika kami berada
di sisi Rasulullah SAW,tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari
kalangan bani Hasyim.Apabila terpandang akan mereka ,maka kedua mata
Rasulullah SAW berlinang airmata dan wajah baginda pun berubah.Aku
bertanya,’Mengapa kami melihat pada wajah mu sesuatu yg tidak kami
sukai?”
Baginda pun menjawab,”Kami Ahlul Bait telah ALLAH pilih utk kami Akhirat
lebih dari dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran
selepasku kelak shinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan
membawa bersama-sama meraka panji-panji berwarna hitam.Mereka meminta
kebaikan tetapi tidak diberikannya.
Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yg
mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka
menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yg memenuhi
bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan.Siapa di
antara kamu yg sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun
merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” – riwayat Ibnu Majah.
Sudah bersedia utk mengikuti jemaah yg memegang Panji Kebenaran?
“
Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam
dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah
dengan pasukan mana pun.” (Ibnu Majah)
Sebelah Timur? Apakah kita tidak mahu turut menyertai mereka-mereka
ini? Dan bagaimanakah mereka-mereka ini,adakah semudah mengenali
budak-budak berseragam yang pergi ke sekolah-sekolah? Oh! tidak,sesekali
tidak, kerana dengan semudah itu Dajal dapat membunuh mereka. Untuk
berjuang dan mati syahid janganlah di anggap mudah. Sedangkan di zaman
para sahabat menjadi Khalifah perang dahulu pun,mereka yang dilihat
rajin untuk menunaikan solat di waktu dinihari yang akan terpilih.
Inilah perkara penting sebagai hubungan dengan ALLAH untuk mendapat
naungan dan perintah perang bukan dengan membuta tuli jer. Pernah di
satu ketika tatkala Salahuddin mendapat tahu yang saudaranya telah
dibunuh oleh tentera salib dan beliau tidak terus mengeluarkan arahan
perang sebaliknya menanti petunjuk dari tuhan untuk memulakan
peperangan. Dan dalam satu ketika juga di perang Salib,umat Islam sampai
dapat melihat tentera Salib ini di bantu oleh Iblis sehinggakan
kelihatan syaitan turun dari langit,jadi siapa yang diperlukan untuk
menentang tentera-tentera setan ini jkalau kita tiada hubungan dengan
ALLAH ?
Kata Sayidina Ali KMW,
“
Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan
sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai
tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki,
seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati
mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk
memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis
dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.”
Dari hutan? Adakah Hutan di sebelah Timur Tengah? Inilah perkara yang
memungkin yang ianya adalah dari sebelah sini. Sesiapa juga akan
berharap akan dapat bersama mereka. Dan juga kita perhatikan masaalah
sosial di
negara kita semakin parah,ini juga memungkinkan menjadi penyebab yang ianya akan bangkit dari sebelah sini. wallahualam.
Dalam satu berita panjang mengenai peperangan yang berlaku di antara
panji-panji hitam dengan Sufyani yang diceritakan oleh Saiyidina Ali
Alaihissalam beliau ada menyebutkan : “
… lalu (Allah)
mengutus ke atas Sufyani itu seorang pemuda timur yang menyeru kepada
ahlil bait Nabi SAW – mereka pemegang-pemegang panji-panji hitam
merupakan satu kaum yang lemah – maka Allah pun memuliakan dan menolong
mereka, sehingga setiap yang menentang mereka pasti akan dikalahkan….
Syiar mereka “alif mim ta – alif mim ta” (maut bagi penentang mereka),
kebanyakan yang terbunuh dikalangan mereka itu pada tempat tempat
disekitar timur. - Kanzul Ummal (Juzuk 14 Hadis 3967)
Alif = zat ALLAH
Mim = Muhammad ( sunnah )
Ta = takhta yakni ketakhtaan
Tuan-tuan yang dihormati sekalian, kerapkali artikel ttg konspirasi
yang kita lihat baik di dalam mahupun di luar negara,kebanyakkan hal
berkaitan ‘Pyramid’,mengapa? Sebenarnya ini adalah pokok kekuatan yang
sebenarnya, jalan menuju ketuhanan yang sebenar tetapi cuba di olahkan
supaya menjadi Ilmu Dajjal hinggakan bila kita melihat saja segitiga,
kita akan katakan sumber Dajjal,cuba tuan-tuan lihat akan sirah
Rasul-rassul,semua Rasul mempunyai tempat uzlah di bukit-bukit atau
gunung-gunung dan kalau dilukiskan di atas kertas,akan nampak yang
bukit-bukit ini merupakan segitiga. Pada yang melalui mana-mana tarikat
pasti akan mengetahui perjalanan ini.
Perhatikan pula ayat di surah Ar-Rahman ayat 33 ini ;
Wahai sekalian jin dan manusia!
Kalau kamu dapat menembusi langit dan bumi , maka cubalah kamu
menembusinya . Kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan satu
kekuasaan !
perhatikan perkataan yang terakhir di dalam Arabnya, fikirkan !
———-
Perhatikan petikan lirik dari kumpulan nasyid tempatan ini ;
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
————————————————————————————
Hadis-hadis tentang Kiamat
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan
terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad
s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih
Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi
* Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya,
“
Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam
perkara menjelang hari kiamat” Baginda menyebutkan salah satu di
antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
* Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan
datang.” – Sahih Muslim
* 3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Daripada Abdullah Bin Amr Bin ‘Ash r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“
Bahawasanya ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan)
akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T.
menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama’.
Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama’ , orang ramai
akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka
apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu
pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
Riwayat Muslim.
* 4) Bermaharajalela alat muzik
“
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan
perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah
bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita” – Ibnu Majah
* 5) Menghias masjid dan membanggakannya
Berkata Ali bin Abi Talib,
“
Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan
tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan
bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari
zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari
mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka
juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
“
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
* 6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan
perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk
dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
* 7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
“
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran ” – Riwayat Ahmad ”
* 8) Ramai orang soleh meninggal dunia
“
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
* 9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah
dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang
diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani
* 10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.”
Di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan
apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
Tanda-tanda besar Kiamat
Era Pertama
* Penyakit tanpa ubat
* Dajjal bermaharajalela
Kekuatan Dajjal ini dapatlah dibayangkan dengan
kecanggihan teknologi hari ini, beliau bukan sahaja boleh menguasai
manusia malahan beliau juga dapat menguasai jin. Jikalau kita lihat hari
ini,sebuah organisasi di mana ianya cenderung ke arah keruntuhan
moral,adakah kita akan mengatakan oraganisasi ini mendapat arahan terus
daripada Dajjal? Tidak samasekali ! Dari sinilah Dajjal menggunakan
makhluk-makhluk alam lain sebagai pembantunya.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “
Setiap
kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa
malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya
aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat
kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia
berkata, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang
artinya: “
Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada
baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya
Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku
selamat .”(HR. Ibnu Hibban)
Jin yang mendampingi kita semenjak kita dilahirkan ke dunia ini
sentiasa mendorong kita ke arah yang bertentangan dengan kehidupan yang
baik kerana mereka ini adalah telah hidup lebih dahulu daripada kita
namun kita maseh boleh membentuk mereka ini dengan ibadah dan suasana
yang membolehkan kita berIman dengan ALLAh s.w.t. walau bagaimana pun
perlulah diketahui yang ‘ sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin
‘.
Apabila mereka ini sudah terbiasa dengan suasana yang mendorong ke
arah kemaksiatan sebagaimana suasana nafsu-nafsi yang di jana oleh
Dajjal tadi, maka dia juga akan mendorong kita supaya ke arah
kemaksiatan .Jadi tidak mustahil seandainya kita pernah mendengar di
dalam dada akhbar bagaimana seorang guru boleh mencabul anak muridnya
sendiri.
Dajjal ini bukanlah tandingan manusia biasa yang hendak melawannya
,melainkan kita ini hendaklah duduk di bawah Panji-panji yang mempunyai
guru yang makrifat dan mendapat bimbingan mereka ini.
* Imam Mahadi muncul
Dalam riwayat lain,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ; “
Dunia
tidak akan berakhir sehingga orang-orang Arab dipimpin oleh seorang
laki-laki dari ahli baitku namanya serupa dengan namaku.” ( HR. Abu Dawud )
* Perang Sabil
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “
Tidak
akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka
kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di
belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon,
‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan
bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)
* Turunnya Nabi Isa as bersama tenteranya dari langit
“
Demi yang diriku berada ditangannya,sesungguhnya Ibn
Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang
adil,maka ia akan menghancurkan salib,membunuh babi,menolak
upeti,melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mau menerima
pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala
isinya” (HR. Bukhari,Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi Hurairah)
Isa AS, putera Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang
adil dan penguasa yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan
kayu salib dan membunuh babi… Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian
seperti sebuah bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan
mengumandangkan dan mengikuti satu kata yang sama dan tidak satu pun
akan disembah selain Allah. (HR Ibnu Majah)
* Dajjal dibunuh
Dalam satu hadis daripada Al-Nawwas bin Sam’an, katanya: “
Rasulullah
saw menyebut perihal Dajal dan menyatakan: ‘…Sebenarnya Dajal itu
seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta
sebelah); … sebenarnya dia akan keluar di satu tempat antara negeri Syam
(Syria) dan Iraq.
“Dia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang dia
sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima
dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur, dan kampung orang yang enggan
menerima dakwaannya susah meleset.
“Dia akan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan
menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang
mengeluarkan khazanah bumi dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur.
“Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua
badannya, sepotong dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian
diseru lalu kedua-dua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun
hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang
menimpanya.
“Demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke
dalam syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai neraka, sebaliknya
orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang
dirasai oleh orang itu sebagai syurga; dan sebagainya).
“Nabi bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah, selepas
kamu mengetahui demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan
terpengaruh kepada dakwaannya!”
Kami bertanya: “Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?”
Baginda menjawab: “Empat puluh hari, hari yang pertama,
panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti
sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari yang lain
seperti hari kamu yang biasa.”
Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah! jika demikian, hari
yang panjangnya seperti setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan
pada-Nya sembahyang untuk sehari?”
Baginda menjawab: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan.”
Rasulullah menerangkan lagi: “Ketika Dajal itu
bermaharajalela, Allah akan menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu
dia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar
Damsyik, maka Nabi Isa pun mengejar Dajal hingga dapat menawannya di
pintu kariah yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya.
Selepas itu, datanglah suatu ka-um yang Allah sudah
selamatkan mereka daripada bencana Dajal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi
Isa menghapuskan kesan kedukaan dan kesedihan daripada air muka mereka
dengan menyatakan: “Bahawa Dajal sudah pun dibunuh dan menggembirakan
hati mereka dengan darjat kedudukan mereka dalam syurga”.
Nabi bersabda: “Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan
perkara yang menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa
dengan firman-Nya: “Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku
(Yakjuj wa Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi
mereka.
“Oleh itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu berlindung
di bukit Tursina. Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan
mereka pun meluru turun daripada tiap-tiap tempat yang tinggi.”
“Nabi Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu
hingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka
daripada seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang.
“Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya
membinasakan musuh mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang
batang leher Yakjuj wa Makjuj, mereka pun mati bergelimpangan dengan
serentak seperti matinya satu jiwa.
“Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu
lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi, melainkan
penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj.
“Maka Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah,
lalu Allah menghantar sekumpulan burung yang batang lehernya seperti
unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut dan mencampakkan bangkai
itu ke tempat yang dikehendaki Allah.
“Kemudian Allah menurunkan hujan lebat yang sebarang
bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka
bumi hingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.
“Allah berfirman kepada bumi: “Tumbuhkanlah tanaman kamu dan keluarkanlah buah kamu, dan kembalikanlah segala nikmat kamu.”
“Maka pada masa itu, sebilangan orang boleh kenyang
dengan hanya memakan sebiji delima dan boleh berteduh dengan kulitnya
dan pada masa itu juga diberkati Allah pada susu hingga perahan seekor
unta, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya.
“Susu seekor lembu perahan juga mencukupi untuk diminum
oleh satu kabilah dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk
diminum oleh satu suku kaum.”
Nabi bersabda lagi: “Ketika manusia sedang menikmati
kemakmuran dan kemewahan berkenaan, tiba-tiba Allah menghantar sejenis
angin yang baik… lalu mengambil nyawa setiap orang yang baik, mukmin dan
Muslim, dan tinggallah saja orang yang jahat dengan keadaan bercakaran
sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman
mereka inilah berlakunya hari kiamat.”
Dan pada satu riwayat yang lain: “Kemudian Allah
menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah
negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang
pun yang ada dalam hatinya seberat zarah kebaikan, melainkan diambil
nyawanya oleh angin itu.”
Nabi bersabda lagi: “Maka tinggallah saja orang jahat
yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung
terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti
binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik,
dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang
buruk.”
Pada saat itu, syaitan menyamar diri kepada mereka dan
bertanya: “Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingi diri kepada
Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakan aku? Maka mereka pun bertanya:
“Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan?
Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk
mendampingkan diri mereka kepada Allah (kononnya), mereka menerima
ajakan syaitan itu lalu menyembah berhala, sedangkan rezeki mereka
mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup
sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa ...” – ( al-Nawwas bin Sam’an r.a Hadis riwayat Muslim ).
* Dunia kembali Sejahtera,aman,damai dan sentosa
* Manusia kembali menyembah berhala
Era kedua
* Al-quran diangkat ke langit
* Yakjuj wa Makjuj muncul dengan membuat kerosakkan
( Demikianlah keadaan mereka ) hingga
apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka
meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Dan hampirlah datangnya
janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata
orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas):
“Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan
yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah
menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri“. (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 – 97)
* Raksasa terbit dari bumi Mekah ( Dabbatul ardh )
“
Dan apabila perkataan telah jatuh
atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan
mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin
kepada ayat-ayat Kami.” (An-Naml: 82)
* Allah tandakan dahi mereka yang tidak beriman
* Allah matikan orang-orang yang beriman dengan angin sejuk
* Matahari terbit dari sebelah barat
Menurut Hadist Nabi saw. Rasullullah saw bersabda: “
Salah
satu tanda Akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya… matahari
terbit disebelah barat. Pada masa ini, taubat sudah tiada.” hadith Muslim.
* Tiupan angin Sangkakala
23-101:
Apabila ditiup sangkakala,
maka tidaklah ada lagi pertalian nasab (kekeluargaan) antara mereka pada
hari itu, dan mereka tidak saling bertanya.
* Allah Gulungkan dunia
…dan akhir sekali kita hayatilah lirik daripada lagu ini pula yang
disampaikan oleh satu kumpulan yang sedang naik dipersada muzik tanahair
yang berbekalkan semangat kemelayuan kita dan ingatlah bahawasanya
usaha ke atas agama sahaja yang dapat dilakukan melalui media massa hari
ini dan bukanlah sebenarnya usaha ke atas IMAN yang mana hendaklah
dilalui dengan jasad bukan duduk di depan skrin!
GEMBALA ILLAHI
Sepanjang jalan hidup kulalui
Membentang maksud yang Tuhan tunjuki
Memegang berpaut bertahan diuji
Menjelang menyahut panggilan Ilahi.
Segala liku badai kulalui
Menghiba pilu berbagai kurasai
Menggema kalbu menghurai hak Ilahi
Merasa rindu padaNya sebelum sampai mati.
Aku gembala dari gunung tinggi
Aku gembala penyambung kalam Ilahi
Aku hanya menjunjung membakti
Aku hanya hamba Maha Tinggi.
Aku menjelma demi memenuhi
Sebelum masa aku dipanggil pergi
Aku hamba yang mengabdi
Hidupku keranda abadi.
Apa yang disampaikan
Untuk diamal diusahakan
Aku hanya utusan
Mengingat dan mengkhabarkan…
wassalam.
sumber: http://misteri-us.blogspot.com/2010/02/kebangkitan-di-akhir-zaman.html